Sunday, 29 June 2014

Bio Velocity Alfalfa Concentrated






Apakah itu Alfalfa? 
Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau. 

KHASIAT ALFALFA
Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein. 

Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud “Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa  makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. 

Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium. 


















Post a Comment

Translate

FAMOUS LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...