Saturday, 2 January 2016

TIPS MENYIMPAN DARIPADA DR AZIZAN OSMAN

TIPS DARI DR AZIZAN OSMAN   

Merancang kewangan kita sebelum terlewat.

Waktu Pagi:
Jangan Withdraw Duit Dari ATM

Jangan Bayar Loan
Jangan Bayar Hutang

Pagi adalah Utk Kita:
Sedekah

Jemput Rezeki Melalui Dhuha
Berzikir Dan Selawat

Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dalam 6 TABUNG

Tabung NEC 55%
Singkatan kepada neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, bayar sewa, kereta, bil

Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account. 
Saving tetap kita. Jangan guna langsung untuk tempoh yang panjang.,cth 10 tahun.
Option simpanan utk FFA:
1. Unit trust 
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dalam tabung kt rumah.
Yang penting kita dah start create passive income utk masa depan kita.

Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa panjang utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll

Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dari tabung ni baru boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri

Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Untuk siapa?
Untuk anak?
Diri sendiri mcm pergi motivasi ke coaching ke..
ye....utk diri sendiri. Sebaab yg nak kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna untuk gi seminar, beli buku dll
Lepas ni tak ada alasan tak ada duit nak belanja untuk tambah ilmu. 
Korban sikit untuk dapat yg lebih besar
Anak akan ada bahagian dia bila kita dah berjaya nanti
Kita slalu pikir anak je...tapi tak pernah fikir nak majukan diri sendiri dulu

Tabung 5% CHARITY
Yang ni paling penting. Gunakan untuk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT
Kita jangan jadi perompak kepada bisnes kita sendiri!

...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih banyak rezeki...

Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...

Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan

kebocoran berlaku sebab duit tu bukan hak kita sebenarnya. Banyak faktor yg jd penyebabnya
Ada duit je adalah masalah datang, kereta rosak, anak sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lepas ni check balik diri kita.

Hubungan dengan manusia, ibubapa, suami, isteri, anak-anak
Ada dendam sesiapa
Ada tak maafkan orang..
Ada sakitkan hati orang
Fikir semula.
Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.

DYNASALLEH
010-202 3555

Post a Comment

Translate

FAMOUS LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...