Thursday, 8 February 2018

MASTERING YOUR SALES TO BE A PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT MALAYSIA DI PERBADANAN PERPUSATAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

MASTERING YOUR SALES UNTUK MENJADI PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT MALAYSIA  DI PERBADANAN PERPUSATAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS) 


Hai assalamualaikum readers. 
Terima kasih singgah blog kak dyna hari ni, semoga you all dapat sesuatu lepas membaca bebelan kak dyna dalam ni and if you have any comment please tulis di ruangan komen di bawah ye. 

Hari Sabtu lepas, 3/2/2018, kami telah adakan kelas untuk para usahawan Sahajidah Hai-o dan juga terbuka pada usahawan-usahawan dari luar.
Tujuannya adalah untuk mantapkan lagi "skill" jualan dan marketing menggunakan medium social media.

Tapi kenapa semua pakai baju sama warna? sebab kalau ada tema gambar akan lebih cantik dan perasaan nak ikut tema tu pun meriah macam nak raya.  Kiranya kita "create" mood sebelum ke kelas. Cuba tengok gambar-gambar kami, cantik tak? Cantikkan senada je semua.

Ada banyak jenis social media kan? tapi kali ni kami tekankan dan fokus habis habisan pada teknik "Blogging".

Kenapa kami nak sangat fokus pada blogging sedangkan ada Instagram ada Facebook ada Twitter? 
Senang je nak menjawab soalan tu. (haha kak dyna tanya kak dyna la jawab ye kat sini) 

SEBABnya cuba u all tiba-tiba nak cari kuih keria yang sedap gebu di kawasan rumah u all, apa you all buat dulu? 

Capai handphone lepas tu tekan Safari atau GOOGLE search cari "kuih keria taman tasik utama" betul tak?
Haa, you all tanya Pakcik GOOGLE dulu kan? 

Maknanya boleh dikatakan majority mesti menggunakan GOOGLE search bila nak mencari sesuatu, kemudian barulah cari di FB atau IG.

Soalan ke2. Kenapa kami tak buat website? sebab lebih murah dan sesuai untuk peniaga seperti kami menggunakan BLOG sahaja. 


OK hari kejadian tu, as usual kak dyna akan hangkut semua anak-anak kak dyna ikut sekali, bukan lama pun.  Kelas selalunya 2 jam je, perjalanan tu biasalah kalau dari Melaka ke Shah Alam dan bukannya tiap-tiap minggu pun kak dyna kena travel luar Melaka.

Jadi tak ada masalah untuk bawa family ikut sekali, lagipun mereka lagi suka sebab PPAS ni cantik dan sangat sesuai juga untuk kuality masa bersama keluarga. 

Ini first time kak dyna letak gambar baby kak dyna Aryan Yusuf di Blog, gambar tepi je hehehe... Alhamdulilah Aryan selesa dari awal hingga sampai ke rumah. Anak-anak kak dyna dah biasa dengan cara kerja/berniaga kak dyna ni. So setakat ni tak pernah lagi mereka meragam atau bosan tunggu. Diorang enjoy ikut kak dyna buat kerja ni.


Tema kami hari tu ialah, white/gold/yellow.
Semua color tu memang ada dalam almari jadi tak perlu risau dah pakai apa yang ada kemudian mix and match je.  Sebagai usahawan online penampilan mesti nak jaga, lebih-lebih lagi Premium Beautiful Expert. Jenama tak penting, asalkan pembawakan dan penampilan dan melambangkan siapa kita di mata pelanggan. Yang penting patuh syariah, hehe.


Mr. Emcee atau moderator pada hari tersebut tak lain tak bukan ialah Tuan Halmie Abd Hamid.
OH ya lupa nak cakap, kelas kali ni special tau. Pasal apa special?

Sebab kali ni kita kedepankan abang-abang yang sebelum ni support isteri-isteri dari belakang.
Sebelum ni merekalah paparazi, PA, pilot, macam-macam lagi lah mereka support para isteri dibelakang tabir. Tapi sebenarnya, mereka pun boleh dikatakan mahir juga dengan bisnes kami ni. Ialah setiap kali kelas atau event memang mereka akan ikut.

Mana suami kak dyna? Ha tunggu gambar dia hujung-hujung sikit.Hehe



 Seperti biasa mana-mana kelas atau seminar sebelum bermula kita bersenam dulu ye.
Regangkan badan mana taknya 1-2 jam duduk dalam kereta kan? buat senaman ringan je.
Yang bestnya senaman kami ni ada step dan lagu rasmi. Lagu kebangsaan bisnes kami "My choice of life" yeaaa. Best tau lagu ni, kalau anak u all dengar memang babai la didi & friends.




Nampak tak kak dyna, bagai pohon kayu ye bukan pucuk tapi pohon.
HAHAHA, dah la tak pandai lenggok menari tapi lagu ni memang tak boleh missed menari tak syok tak complete kelas kita kalau tak ada tarian ni.
Nak tau tak? bila dah terjebak dengan bisnes Premium Beautiful ni baru kita tau potensi diri kita sebenarnya adalah lebih dari apa yang pernah kita fikir atau buat.
Macam dalam gambar kat bawah ni.



Kami ada 2 slot saja hari tu, slot pertama mesti lah tak lain tak bukan pembuka majlis topic PREMIUM BEAUTIFUL". 

Kali ni topic yang menjadi topic penting dan juga major product bagi kak dyna ialah Premium Beautiful yang telah disampaikan oleh bakal DSM Paidi Hassan.

 Iye LELAKI tulen. Dah kahwin dan ada anak seorang. 
Kalau lah you all dengar sendiri dalam kelas, mesti terkejut u all tengok Paidi menyampaikan topic ni. Ialah Premium Beautiful Korset kan product orang perempuan. 

Tapi tak semestinya orang lelaki tak boleh menjual Premium Beautiful kan? Eh jangan salah sangka. Orang lelaki tak ukur you all, isteri mereka yang akan ukur dan pakaikan you all. 

So jangan lah takut kalau tiba-tiba you all Google,dan ternampak top agent Paidi Hassan di Lembah Klang ye. Sebab isterinya CikYaya juga adalah PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT.
Mereka berdua ni telah pun diistiharkan layak dan agent premium beautiful yang boleh dipercayai oleh #No.1 Certified Premium Beautiful Expert.




 Ok gambar diatas ni adalah Tuan Mohd Hafieez. Sama juga, isteri beliau juga adalah usahawan SHOM yang sama bidang. Terima kasih atas ilmu blogging yang dikongsikan.  

Sebenarnya kan kak dyna nak cakap, tips and secret resepi orang yang nak buat blog ni mudah je, kalau dia pandai membaca Insya Allah pasti boleh buat Blog. Dan mestilah rajin. 

Blog ni macam diari kita. kat sini lah kita luahkan isi hati perasaan gundah gulana atau segala ilmu tips apa sahaja. Macam kak dyna blog ni khas tempat untuk yang berkaitan bisnes sahaja. 

Actually kak dyna bukanlah mahir sangat menulis atau mengarang tapi ni semua diajar, belajar dari Mentor kak dyna. Untungkan? Buat bisnes Premium Beautiful dapat belajar secara percuma ilmu SOCIAL MEDIA.

Ha, ini lah mentor kak dyna, kecik molek je orangnya. Cantikkan? CDM Salleha. Kalau yang follow blog, Fb and IG kak dyna sure tahu memang kami selalu ada gambar bersama. 



Sebelum penutup kami jemput bakal Diamond Zulaika berkongsi pengalaman beliau bagaimana dia dapat cash buyer dan mendapat 5 orang ahli baru dalam sebulan. Nampak macam sikit kan tapi sebenarnya sangat bernilai lebih-lebih lagi hasil dari Blog. Bagaimana nak kedepankan blog kita di muka surat pertama Google? (first page) 
Semuanya kami tuntut dalam busines ni secara percuma. YA percuma.




Seperti biasa sebagai acara penutup, mesti lah nak dengar sepatah dua kata dari team leader kami iaitu CDM Salleha. Tak sah kalau tak dengar ayat-ayat nasihat dan motivasi daripada beliau. Mesti dan pasti ada sesuatu yang baru kak dyna akan dapat setiap kali sesi bersama beliau. 

My wished hari tu semoga rakan kongsi/team kak dyna belajar dan dapat sesuatu yang sangat bermanafaat dan bernilai tinggi kenapa perlunya kita BERUBAH dari kurang selesa, menjadi selesa dan yang dah selesa, kekalkan atau panjangkan keselesaan itu kepada yang memerlukan.




Bila setiap kali bergambar bersama kumpulan muka kita mesti ada. Pada mereka yang tak mahu kekal lama, pilihan ditangan masing-masing. Dan yang pastinya apa pun keputusan mereka kak dyna doakan semoga berjaya dan bahagia. 

Pada yang masih kekal sebagai satu kumpulan Insya Allah tenung dan renung BIG WHY kita. Peluang tak datang banyak kali. Dan bukan setiap kali kita kuat nak ulangi semula setiap apa yang kita dah lepaskan.








Ok dah panjang lebar kak dyna taip. kalau nak tahu seharian jugak nak siapkan satu entry ni. 
Dan itulah suami kak dyna. Sejak ada baby ni dia lah yang banyak tolong jaga Aryan Yusuf sekejap. Hehehe..behave dia dengan papa dia. Sampai terlelap papa dia ye.

Terima kasih yang membaca sampai akhir.
Kalau suka terima kasih.
Kalau tak suka bole komen untuk kebaikan akan datang.

Dan yang sudi untuk belajar cara membuat dan menjadikan BLOG anda diburu di alam maya boleh mesej kak dyna atau call ke 010-202 3555.







Post a Comment

Translate

FAMOUS LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...