Wednesday, 28 February 2018

SEMINAR MYN (MASTER YOUR NETWORK) BESARKAN, KUKUHKAN PERNIAGAAN BERSAMA SAHAJIDAH HAI-O dan NO.1 CERTIFIED PREMIUM BEAUTIFUL


SEMINAR MYN (MASTER YOUR NETWORK) BESARKAN, KUKUHKAN PERNIAGAAN BERSAMA SAHAJIDAH HAI-O dan NO. 1 Premium Beautiful Expert.


Pada 24 February, 2018 bertempat di Cempaka Apartment Hotel bersebelahan Menara PGRM telah diadakan SEMINAR MASTER YOUR NETWORK.

Lebih kurang 200 peserta hadir untuk mendengar dan belajar bagaimana nak terus kekal dan mengekalkan business network dengan berkesan.

Sebelum tu, kak dyna nak share sikit masa nak ke seminar ni tak ada apa yang membimbangkan kak dyna sebab kita niat untuk belajar dan berkongsi bersama kumpulan. Tapi ada satu perkara yg kak dyna belajar sebelum check in hotel tu kena tanya jugak la ada freezer/fridge tak? sebab kak dyna nak letak susu untuk baby Aryan. Sedih jugak bila 7 pack with 4oz each tak dapat disimpan dalam fridge kerana hotel tu tak sediakan dalam bilik. Tak apa lesson learn so next trip pastikan ada fridge. Especially mommy fully breastfeed please take note. Other than that semuanya berjalan dengan lancar








Speaker utama pasangan suami isteri yang hebat dan kami kagum dengan beliau. CDM Haji Azlan Deraman dan isterinya CDM Hajah Siti Rohana Yusuf.
Pakar strategy dan pakar motivasi kami dalam bisnes networking ni. Bagi kak dyna lengkap dah semua ada  dalam platform ni. Kalau nak lebih boleh la berguru dengan sifu-sifu lain kat luar sana. Tapi mereka berdua pun dah cukup untuk kami. Mana taknya 16 tahun pengalaman dalam bisnes ni semuanya dijadikan contoh dan bukti pada kami semua. Jika mereka berdua boleh dapat boleh capai Insya Allah kami dibawah rumpun yang sama pasti merasa.









CDM Kak Khaty speaker yang luar biasa juga. Eh apa lagi la yang kami perlukan selain nak tengok sendiri mereka yang dah lama dalam bisnes ni yang masih kukuh tapaknya. walaupun minyak naik, toll naik, scammers kecam macam-macam bisnes haio ni, tapi mereka-mereka ni masih wujud kenapa?
Sebab bila berniaga dengan ikhlas dan kerana Allah swt, Insya Allah Dia akan jaga kita.





KEJAYAAN
Kejayaan yang bagaimana kita nak atau kita lihat? Kejayaan yang dekat atau dalam tempoh yang panjang? 

Kaya, setiap orang memang ingin kaya, miskin bukan dipinta.  Tetapi adakah kita usaha untuk kaya dengan kaya ilmu? Kekayaan tak kemana tanpa ilmu.

Kejayaan adalah lebih bermakna jika ianya mendapat keredhaan Allah swt. Berniagalah macam mana sekalipun biarlah capai keredhaanNya. 

Surah Ali 'Imran, Ayat 102 bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.(QS. 3:102)
Dalam ayat ini Allah menyerukan kepada kaum muslimin terutama kaum `Aus dan Khazraj agar mereka tetap di Madinah. beriman, bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dengan memenuhi segala kewajiban takwa itu. Dan dengan demikian dikerahkan segala daya dan kemampuan untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Nya, secara keseluruhan. dan jangan sekali-kali mati. melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam.








KEBAHAGIAN
PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Didik hati sentiasa bersyukur. Dapat sikit bersyukur bukan tanda kita 'redha' je dengan apa yg kita dapat. Tapi untuk kita double kan syukur tu sebab tu kita diseru untuk sentiasa usaha dapat keuntungan berlipat ganda agar syukur kita itu pun berlipat ganda.

Hari seminar tu juga la kak dyna belajar cara bersyukur. Cara nak lipat gandakan kesyukuran tu adalah dengan dapat dan buat lebih lagi. Bukan sekadar tangkap muat saja. Contohlah, bulan ni untung aku RM1000, ok lah cukuplah syukurla tu. sebaliknya kita kena lipat gandakan lagi untuk lebih syukur, ok bulan ni aku dapat 1000 bulan depan aku nak 5000 pulak, syukur Alhamdulilah. Itu yang kak dyna faham tentang konsep syukur. Bukan sekadar cukup-cukup atau tangkap muat saja.

Surah Ibrahim, ayat 7:-
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih".









KESIHATAN
Ha, jangan kecam gambar ni pulak. Ni bukan Club tau, tapi ni dalam dewan seminar.  Biasalah kan sebelum mula kelas kena warm up dulu. Sebab semua orang dari awal pagi tak sempat nak excersize dari utara dari selatan dari Brunei so kita panaskan badan dengan lagu SHOM.

Bila kita sihat, beri kita JIWA untuk kita berniaga. Dapat mengawal nafsu duniawi, dan sambil tu jangan matikan nafsu untuk kaya. Macam mana tu? Bukan nak jadi tamak haloba, tapi biasalah duniawi apa yang menjadi keperluan kena usahakan, tak boleh nak bertolak ansur atau kurangkan benda yang perlu untuk keperluan kan? Contohnya isi minyak kereta, boleh ke kurangkan? 
BIla kita sihat rohani dan jasmani kita lebih "waras" untuk mencari rezeki dengan berniaga. 

Sambil tu jangan lupa especially wanita, kekalkan sihat bersama setiap hari Premium beautiful.






Ok masa game ni kan, setiap kami terima sekeping kertas A4 kosong. Kami dikehendaki tutup mata dan ikut arahan dari emcee. Semua ikut arahan yang sama dan dari orang yang sama. Tetapi hasilnya berbeza beza. 

Macam tu juga kita dalam bisnes yang sama lambat atau cepat asallkan teruskan buat bersama pimpinan mentor dan rakan kongsi satu hati semakin didepan.




KEBERKATAN
Dalam perniagaan kita banyak libatkan hubungan sesama manusia. Besar dan subjective topic ni.
Two way communications antara mentor, rakan kongsi, customer dan sesiapa sahaja.
Dengan iman yang kuat mantap, hati semakin tenang untuk kita jadi insan pemurah. 
Masa kak dyna salin nota ni, terasa syukur lagi sekali, mana nak belajar semua ni kalau kak dyna sendiri tak berniaga. Ye, tempat kerja kak dyna tak ada ceramah macam ni memang nak kena cari.
Nak tingkat kan iman pun perlu ilmu.
Kalau kita jaga Allah, jangan risau Allah pasti jaga kita dalam setiap apa pun yang kita buat terutama dalam berniaga. 
Mentor pun ada pesan, perlu kita ingat "jaga 5 perkara, sebelum 5 perkara"


 KEJAYAAN PALING MUDAH ADALAH KEJAYAAN BISNES BERMENTOR.

Tiada perubahan dalam diri kita tanpa ilmu.
Bersyukur bersama dalam syarikat MLM no.1 di Malaysia. 
Sebelum ada impian kita bersyukur dulu dengan Allah.
Allah bersama kita ikut prasangkaan kita.
Kita kena kuat capai impian kita.
Macam dirumah jugak, nak anak berjaya mak kena kuat capai kejayaan sebagai contoh untuk anak jadikan kita role model dalam hidup mereka.

AKhir sekali ingat ni,
"Bukan berapa boleh dapat, tapi berapa boleh simpan"

Seharian seminar alhamdulilah ilmu dapat yang tak pernah belajar pun dapat.
Paling best kita pakai premium beautiful uol langsung lenguh pinggang tak kejang kaki. 
Dan tak bengkak susu pun dengan premium beautiful short bra. Amazing. Susu pun melimpah rezeki baby Aryan.

Kalau ada yang nak menyertai kelas-kelas ilmu bersama kak dyna selepas ni boleh whatsap kak dyna di 0102023555.

salam premium beautiful 
Post a Comment

Translate

FAMOUS LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...