Tuesday, 3 April 2018

SESUNGGUHNYA DUGAAN DAN CABARAN ITU ADALAH BFF ORANG YANG MENDAKI PUNCAK KEJAYAAN USAHAWAN PREMIUM BEAUTIFUL


Assalamualaikum.
baru nak update cerita sabtu lepas. Nape lambat? jemput baca sampai habis dengan penuh kesabaran sambil hirup minkaffe atau teh kak Fazura cantik manis MinCha.

Biasala kak dyna ni memang tak reti nak berkarya panjang lebar. Ni nak menulis pun ambil masa nak "ready" sambil menaip ni seribu satu rasa ada. Nak menangis pun ada, tapi bukan menangis duka. Air mata bahagia dan sayang.

Kali ni kak dyna decide nak kongsi kan sebahagian journey kak dyna dalam bisnes ni selama ni. 

uol tau tak dari mula sampai ke hari ni setiap kali kak dyna nak buat aktivity berkaitan bisnes mesti ada saja dugaan nya. sebab tu kak dyna letak topik cabaran adalah BFF pada orang yang nak berjaya. 
Apa tu orang berjaya? terserah pada uol yg membaca nak cakap orang berjaya tu apa? berjaya dalam bisnes ke dalam kerja ke dalam hidup ke atau dalam pelajaran. Orang berjaya topic luas. Bagi kak dyna orang berjaya ni ialah orang yang siapkan satu-satu peringkat pencapaian pangkat dalam bisnes. dari zero hinggalah cecah 2 juta sales.

setiap kali kak dyna nak keluar ke kelas ilmu, appointment dengan prospect ke, group coaching ke,  nak ke stokis ke, apa sahaja pasti ada dugaan. sekecik2 dugaan adalah sakit perut. sebesar besar dugaan, banyak! antaranya hari sabtu hari tu kereta overheat dekat Senawang. 

Nak dijadikan cerita pada 31/3 kak dyna ada perjumpaan dengan leaders di Mitsui Sepang outlet. pagi tu kereta kak dyna ada problem, dan nasib baik kereta Mak kak dyna ada sini. jadi kami pun gunakan lah kereta mak. kalau ikutkan orang lain mesti dah cancel kan. biasalah orang kita ni dia akan anggap kereta breakdown sebagai petanda tak baik untuk teruskan niat. kak dyna pun musykil kenapa orang kita suka anggap dan fikir yang tak baik.sedangkan Allah tak akan bagi sesuatu yang tidak baik pada kita.

Then suami kak dyna pun bergerak la bawa kak dyna dan baby Aryan menuju ke Mitsui.
ALlah maha mengetahui dan sebaik-baik perancangan adalah dari dia. Kereta yang kami naiki (kereta mak tadi) tiba-tiba overheat. nasib baik kami dah hampir di perhentian Senawang. So husband kak dyna slowly drive to RNR Senawang. Masa ni sebab nak jaga hati suami, kak dyna kata "papa kalau dah overheat ni kita patah balik la, nanti mama bagitau Ika kita cancel." Ialah tak pernah jadi macam ni dekat Highway dan takut rakan kongsi tunggu lama dekat Mitsui masa ni kak dyna dah rasa perlu batalkan.

Nasib baik, kejadian ni terjadi masa kami yang guna kereta tu,kalau masa mak kak dyna yang bawa takut dia pun tak perasan kereta overheat kan. Alhamdulilah setiap kejadian hari tu penuh hikmah pada kami sekeluarga.

Tapi suami kak dyna kata dah dekat dah. So dia pun teruskan. Bersangka baik doa banyak2. Orang kata doa musafir ni mustajab, dengan niat nak membesarkan team Ika di Sepang maka kami ratib berdoa semoga selamat sampai. Aircond pun tak bole turn On masa ni sebab tak tau apa punca nya kan.

Allahu, sampai macam tu sekali Kau duga kami.
Kak dyna tiba di Mitsui pukul 11.30 pagi. Lambat 1 jam juga.


Habis perjumpaan pukul 1.30 tengahari.
On the way balik kereta kami tetap dengan overheat terpaksa berhenti di setiap perhentian jalan untuk top up air. Kami singgah di workshop LBJ abang makenik tu ramah sangat, Allah lupa pulak nak ambik namekad dia kan utk share di sini, yelah keadaan tengah panas terik dgn nak tenteramkan baby Aryan lagi dengan tak makan tengahari lagi, memang fikir tak nak susahkan hati suami kak dyna yang lebih risau runsing kan. 

Jadi bertawakal sajalah.
Kami sampai melaka pukul 5.30 petang! macam nak naik JB lamanyakan. Allahhhh..serius letih tapi happy sebab dapat berjumpa dengan team dan sampai ke rumah dengan selamat. TQ Allah lembutkan hati suami dan dia pun bersabar nak sampai ke Melaka. Kesian dia, penat memang penat berpanas lagi. 

Kalau nak cipta alasan, boleh je kak dyna cancel kan terus dan tak perlu berpanas terik paling kesian baby Aryan (hehe ada simpan gambar dia terpaksa bukakan baju dia sebab panas luar dalam muka dia tetap senyum manis hilang penat mama papa)


rupanya water pump kereta mak kak dyna dah bocor dan perlu ditukar sekali dengan timing belt.


Tapi atas sebab tanggungjawab dan nak sangat berkongsi walaupun sedikit dengan team yang dah mula dan yang bakal capai 200k sales apalah sangat segala dugaan. Makin kita nak kedepan jaga-jaga memang kuat "hentaman". 

DIri sendiri yang kena kuat, tak ada orang lain boleh tolong angkatkan kaki kita untuk melangkah. Motivasi boleh dapat secara percuma dari siapa2 sekali pun. Tapi TINDAKAN memang diri sendiri la yang kena bagitau dekat otak supaya BUAT dan JALAN TERUS.

Jika ada leaders kak dyna terbaca entry ni, you all bersabar je. setiap orang ada dugaan ada masalah.besar atau kecik semua orang ada masalah. 
Cerita je berlainan. Masalah ni kalau kita dah tiada maka settlelah masalah tu, tapi selagi bernyawa memang kena tempuh cari penyelesaian bukan tadah je dan bukan redha je. Redha je tak cukup, Allah memang nak kita usaha. Tiada apa di dunia ni dapat percuma. 

BIla ada masalah atau down, switch off diri untuk 24 jam cukup. Jangan lama-lama. Rugi memang rugi. Tak percaya nanti you all akan lalui sepanjang jalan kita nak capai Crown Diamond Manager akan ada banyak pit stop dan Rnr. Ada ke orang berhenti dekat pit stop atau rnr lama2? tak ada kan? rehat dan berhenti sebentar kemudian teruskan perjalanan kalau tak bila nak sampai ke destinasi. Macam tu lah kisah hidup kita.



Terima kasih Ika dan Zati tunggu kak dyna hari tu walaupun lewat. Apa yg kak dyna sampaikan adalah dari mentor kak dyna juga. Ikhlas nak kita sama-sama dapat. Buat sama-sama baru la happy dan cepat sampai ke setiap level.

Untuk orang KLIA, Sepang, Kuala Lumpur, Damansara atau sekita KL boleh la hubungi team leaders kak dyna ni. Diorang sangat-sangat determination dan memang berniaga untuk BIG WHY mereka. Lets join the team dan lets put our head together.
Seronok kalau kita gerak sama-sama.

Ika Kimika 
011-1032 8085
www.ikasukmayati.com

Zati Zahan
013-333 3446
www.zatiyunus.com
Post a Comment

Translate

FAMOUS LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...