Monday, 14 May 2018

FAREWELL AND WELCOMING RAMADHAN GATHERING WITH PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT INTERNATIONAL

VENUE: Chengkih Kitchen, Sherwood Hotel Bangi Gateway
DATE: 12.5.2018
TIME: 2pm - 5.30pm


Alhamdulilah. Selesai majlis ringkas sederhana tapi meriah. Sampaikan masa nak dismissed tu rasa tak puas lagi nak sambung cerita. Cerita umum atau pun cerita bisnes.

Begitulah santapan perut beserta dengan santapan minda maka terus kenyang sampai ke malam.


Majlis ringkas menyambut Ramadhan Kareem dan hari meraikan tercapainya hajat Diamond kami, Zulaika yang dapat transfer kerja ke kampung halaman, berjalan dengan lancar.

Syukur dan bertuahnya kami semua yg berkumpul dari Ipoh, Selangor, Melaka dan Singapura bila disajikan dengan kata-kata keramat dari CDM Hj Azlan Deraman.

Dan tanpa disangka kehadiran CDM Siti Rohana membuatkan kami terkesima dengan kata-kata motivasi dan ayat power close berniaga di bulan Ramadhan penuh berkat.
Semoga dipanjangkan lagi ukhuwah bisnes dan kekeluargaan. Juga mendapat berkat berlipat ganda di bulan Ramadhan. 











Bersama team dari Damansara, Putrajaya, dan Singapura.


Good luck Ika dan selamat tinggal. Insya Allah dengan platform bisnes ni kita akan berjumpa lagi di Tawau ye. Semoga Ika terus success bersama team di sana.






























Terima kasih diberi peluang duduk dibawah rimbun pimpinan pasangan CDM Hj Azlan Deraman dan pasangannya CDM Hj Siti Rohana Yusuf. 

Pengalaman mereka tak ada jual dimana-mana. Kak dyna antara salah seorang yang bersyukur dapat dengar bagaimana cabaran-cabaran mereka, dari mula bertapak sehinggalah kukuh berakar umbi.
Tak cukup nak tulis dengan kata-kata, dan hanya kejayaan demi kejayaan yang dapat balas jasa mereka.

Kisah kehidupan mereka berdua dari mula, dari bab keluarga mereka, kerja hakiki mereka, cara mereka pergi fight (bukan rusuhan ye) boleh bayangkan kesusahan mereka, tapi tengok hasilnya sekarang MasyaAllah.

Bukan kaya harta Dunia semata-mata, anak-anak mereka berjaya dalam akademik, contoh keluarga bahagia, sebab sangkaan umum, buat bisnes ni keluarga porak peranda. Buat bisnes ni selalu tinggalkan keluarga. Hanya yang melalui kesusahan saja yang memahami. Betul tak CDM Salleha Roslan ☺️.

Ini bukan berkempen. Inilah yang buat sumber inspirasi kami dalam berniaga ni, bila ada penolakan/rejection dari sekeliling, kami akan pandang kedepan saja. Pandang mentor-mentor kami sahaja dan sudah tentulah kami ada Majikan No.1 tempat kami selalu meminta.

“Abang Lan dan Kak Ana, terima kasih tau. Terima kasih tak terkata. Terima kasih bagi kami pandangan process kejayaan yang tak mustahil nak capai, dan terima kasih masih bimbing kami semua, InsyaAllah kami BOLEH”



































Post a Comment

Translate

FAMOUS LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...